Thursday, August 4, 2011

Majlis Berbuka Puasa

Salam Ramadhan untuk semua...seperti Ramadhan sebelumnya, pada tahun ini sekali lagi AJK Surau Ridzuaniah menganjurkan dan mengelolakan majlis berbuka puasa (Iftar) setiap petang di perkarangan surau. Untuk itu semua jemaah Taman Simpang dan Simpang Makmur dan seluruh Muslimin dan Muslimat yang kelapangan dijemput untuk berbuka puasa bersama. Acara bermula dengan pengagihan bubur lambuk percuma selepas sembahyang Asar, diikuti dengan tahlil setengah jam sebelum berbuka, berbuka ringan, sembahyang maghrib berjemaah dan menikmati jamuan dan bersembahyang tarawih (imam tahfiz) dengan diakhiri dengan tazkirah ringkas (setiap malam). pihak kami juga mengalu-alukan sebarang derma ikhlas daripada muslimin dan muslimat untuk perbelanjaan pengurusan surau..akhirnya marilah sama-sama kita imarahkan surau ini dan hidupkan Ramadhan pada tahun ini dengan segala amal kebaikan. semoga amal kita semua diterima oleh Allah s.w.t.Amin.

0 ulasan:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates