Sunday, December 27, 2009


Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura’. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa. Malah dalam Mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah:

Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

1- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
2- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3- Dicipta Adam a.s.
4- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
8- Selamat Musa dan pengikutnya.
9- Lemas Firaun.
10- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11- Diangkat Nabi Isa kelangit.
12- Diangkat Nabi Idris ke langit.
13- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16- Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19- Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 Perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah. Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah. Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kiil, nikmal maula wa nikmannasiir”. Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Niat Puasa - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Monday, December 14, 2009





Friday, December 11, 2009



Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, December 7, 2009

TAZKIRAH SUBUH



Salam ukhwah,

Yang Berhormat Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin akan mengadakan tazkirah pada ketentuan berikut:

Hari : Sabtu
Masa : Selepas Solat Subuh
Tarikh : 12 Disember 2009
Tempat : Surau Ridzuaniah, Taman Simpang

Semua jemaah Taman Simpang dan Taman Simpang Makmur serta kawasan sekitarnya dijempat ke majlis tersebut.

Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk kedalam sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu apabila menitis ke atas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk....

Wassalam.

Monday, November 30, 2009








Alhamdulillah, pihak AJK Surau SRTS dan Kariah Taman Simpang telah berjaya menguruskan Majlis Korban bagi tahun 2009 (1430H) pada 28.11.2009. Pada majlis tersebut, sebanyak 8 ekor lembu telah disembelih dan dilapah oleh ahli-ahli kariah. serentak dengan itu juga selepas solat Zuhur telah diadakan jamuan makan tengahari untuk petugas dan kariah taman Simpang.berikut disiarkan koleksi bergambar untuk tatapan semua.

Saturday, November 28, 2009

Friday, November 27, 2009




Program Ibadah Qurban telah dijalankan pada 28 Nov 2009 bersamaan 11 Zulhijjah 1430. Sebanyak 8 ekor telah dikorbankan. Program ini dijalankan secara gotong royong oleh penduduk Taman Simpang dan Taman Simpang Makmur serta penduduk sekitarnya. Pihak AJK telah menjemput Ustaz Fariz, Ustaz Hisham dan Ustaz Rozeman sebagai tukang sembelih. Selepas diagihkan daging tersebut kepada fakir miskin dan penduduk karyah sekitar, diadakan jamuan makan selepas solat zohor.

Sunday, November 15, 2009

Seperti lazimnya, Surau Ridzuaniah sekali lagi akan menganjurkan program Ibadah Korban secara gotong royong seperti berikut :

Tarikh : 28 November 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang.

Dijemput sekalian warga muslim Taman simpang dan Taman Simpang Makmur untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis ini.

Thursday, October 15, 2009

Salam Eidulfitri

Seluruh AJK Surau Ridzuaniah mengucapkan salam Eidulfitri buat semua warga Taman Simpang.Untuk itu satu majlis Mesra EIdulfitri akan di adakan seperti berikut:

Tarikh : 16 Okt 2009
Masa : Lepas sembahyang Isyak
Tempat: Perkarangan Surau Ridzuaniah, Tmn Simpang.

Semua warga Taman Simpang dipersilakan hadir. Pelbagai juadah disediakan.Datang, jangan tak datang..

Tuesday, July 7, 2009

Jom Imarahkan Surau

salam sejahtera sekalian kariah Taman Simpang. Alhamdulillah blog ini sudah berjaya dilancarkan. Harapan kami sebagai AJK Surau mengharapkan seluruh kariah dapat memanfaatkan blog ini untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi maklumat. Anda sekalian boleh manfaatkan penggunaan blog ini untuk menghantar mesej ringkas, menjadi ahli, menyemak jadual kuliah harian dan sebagainya. Sedikit pengumuman daripada pihak bendahari, sejak mutakhir ini kutipan tabung surau (sumbangan tetap Rm 4 sebulan) daripada kariah taman ini mengalami kemerosotan yang amat ketara. justeru pihak kami mengharapkan sumbangan berterusan daripada pihak kariah sekalian untuk terus menggerakkan program insaniah, ilmiah dan pembangunan fizikal surau. sumbangan tuan2 dan puan juga boleh terus kepada mana-mana AJK surau. Akhir kata marilah sama-sama kita mengimarahkan surau kita dengan menghadiri sembahyang berjemaah, mengikuti kuliah pengajian dan sebagainya. Mudah-mudahan kita semua diberi rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t.

Tuesday, June 23, 2009

Salam bahagia

Semua penduduk taman simpang yang dikasihi sekalian. Blog ini baru disiapkan dan belum lagi dilancarkan. Masih dalam tempoh percubaan. pihak admin akan cuba mengemaskini blog dari semasa ke semasa. dalam pada itu besarlah harapan kami untuk pihak tuan-tuan dan puan-puan mendapatkan maklumat terkini daripada blog ini.