Wednesday, March 30, 2011




Mesyuarat AJK Surau Malam tadi (29/3/2011)memutuskan akan mengadakan Pemilihan AJK baru pada
Tarikh : 17 April 2011 (13 Jamadil Awwal 1432)
Hari : AHAD
Jam : 9.00 Pagi
Tempat : Perkarangan SRTS
Perasmian : Pengarah JAIP

Perhatian:
1. Pemilihan secara terbuka untuk semua jawatan kecuali Pengerusi dan Naib Pengerusi.
2. Calon yang ingin bertanding hendahlah mengisi borang Pencalonan dan dihantar kepada Setiausaha seminggu sebelum mesyuarat agung.
3. Diantara syarat pertandingan mestilah seorang Islam, baligh, berakal, bermastautin dalam kariah Taman Simpang atau Simpang Makmur, memegang jawatan sesi 2009/2011, mampu menjadi Imam atau bilal atau siak, Berakhlak baik, selalu berjamaah di surau sekurang kurangnya 3-4 haria seminggu, mampu memikut amanah untuk membawa surau ke Pengimarahan berdasal Al Quran.

AJK Pengurusan

Wednesday, March 23, 2011

Sila Download disini fail Word
disini fail PDF

Tuesday, March 1, 2011

Kuliah Us Yusuf Din

Perkara Yang Membatalkan Syahadah

Wednesday, December 15, 2010

Sila Download Takwim Perancangan 2011 untuk perancangan aktiviti 2011 Setiap Biro/Lujnah Surau Ridzuaniah Taman Simpang

Dari:
Naib Pengerusi
SRTS

Tuesday, October 19, 2010

HADITH AKHIR ZAMAN



PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULU

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,(5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

H.R. Hakim

Keterangan:
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasut-menghasut dan sebagainya.

Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!

Wednesday, July 28, 2010

Tarikh : 2 Ogos 2010 / 20 Syaaban 1431
Masa : Lepas Maghrib
Hari : ISNIN
Penceramah: USTAZ YOB SAADIN BIN MOHD YAMIN

Muslimin dan Muslimat di jemput hadir. Jamuan disediakan

Sunday, July 11, 2010

Tarikh: 11/7/2010
Hari : AHAD
Masa: Lepas Solat Isyak
Tempat: Surau Ridzuaniah

Semua AJK Dijemput Hadir