Monday, April 11, 2011

Kepada:

Muslimin dan Muslimat

Taman Simpang/ Taman Simpang Makmur

Tuan/ Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG SURAU RIDZUANIAH TAMAN SIMPANG KALI KE 11

Didoakan tuan/ puan dalam rahmat dan perlindungan Allah swt.

2. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Surau Ridzuaniah Taman Simpang akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh : 17 April 2011 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Perkarangan Surau Ridzuaniah, Taman Simpang

3. Sehubungan dengan itu, tuan/ puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut di atas.

4. Tuan/ puan juga dialu-alukan menghantar usul-usul ke mesyuarat agung untuk dibahas dan diluluskan dengan mengisi borang usul yang disertakan bersama pada atau sebelum 14 April 2011 jam 12.00 tengah hari.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK MENCARI MARDHATILLAH

Yang menjalankan amanah,

…………………………………..............

(AHMAD FARIZ BIN HAJI JALALUDIN)

Setiausaha,

Surau Ridzuaniah, Taman Simpang

2009-2011

0 ulasan:

Post a Comment